Takut dan Hormat . ade beza kah ?

Assalamualaikum w.b.t.....
Bismillah......

Hidup dalam bersosial dengan orang sekeliling perlu mempunyai cara yang tersendiri. Cara kita bercakap dengan kawan semestinya berbeza dengan keluarga dan begitulah seterusnya. Tapi ada 1 perkara yang kita mesti ada dalam diri, that is respect. Cakap macam senang je, tapi kadang-kadang kita terlepas pandang.


Kebiasaannya, kita akan menghormati mereka yang lebih tua, lebih pengalaman serta lebih ilmunya daripada kita, tapi hormat itu tak semestinya kita menurut apa saja yang diperkatakan, mengikut saja telunjuk mereka dengan membuta tuli. Itu namanya lalang, dikata salah maka salah jawapannya, begitulah sebaliknya. Hidup perlu ada prinsip. Prinsip yang menjaga maruah diri, bukan yang memesongkan diri dan orang lain. Biar kita berbeza prinsip asalkan tujuannya sama, hidup di atas keputusan sendiri bukan dipengaruhi oleh sesiapa.

Hormat itu luas ertinya, tak semestinya kita perlu berlaku hormat pada `saudara-saudara' kita tapi sebarkan rasa hormat itu pada semua lapisan masyarakat. Tak semestinya kita punya ilmu yang luas, kita boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu, memandang rendah pada orang lain dan yang paling tragis sekali, mendakwa diri lebih benar daripada orang lain. Itu parah! Hormat itu tak perlu dipaksa cuma perlu disuburkan dengan baik, seperti kita menanam benih, perlu disiram dan dibaja dengan kadar yang sepatutnya, bukan berlebihan maupun berkurangan. Begitulah sifatnya yang seakan manusia, dipaksa tak akan menjadi, terlalu lembut menjadi kaku. Hormat itu tak lahir daripada `raging' maupun arahan yang disuruh oleh `senior' (kehidupan di asrama). Mengapa? Itu cara `penjara' yang kita sendiri bina untuk membina ketakutan dengan orang yang lebih tua bukan hormat. Bezakan takut dan hormat?

Back to the basic, it is easy to get respect from others. Rasulullah s.a.w tak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan perhatian maupun rasa hormat daripada orang quraisy. Hanya berbekalkan pendekatan yang berhikmah serta menampilkan akhlak yang terpuji. Its natural by the way it is. Baru nampak molek bila rasa hormat itu datang tanpa paksaan, free flow. Kita akan mudah berlapang dada meskipun berbeza pendpat dengan mereka sebab kita sedar yang kita lemah dan mereka pun lemah. Sama-sama lemah, so there is no point to argue it with emotionally. Think wisely, in order to gain respect from others, lower your ego first. Macam mana orang nak hormat kalau kita terlalu meninggi diri (lagi-lagi bila ada kuasa). Ingat, tinggi mana kita berada sekalipun, akhirnya kita tertanam di bawah juga.

Banyak sangat bebel ni. haha

Jadi, hormat yang sepatutnya ialah menerima pandangan orang dan ready, agree to disagree. Mulanya agak payah tapi alah bisa tegal biasa kan?
Sebenarnya, kita semua ini fakir kan? Apa yang kita dapat, itu semua rezeki. Rezeki datang dari Dia. Tapi kita sering terlupa, sebab fitrah nye memang begitu. Pelupa. But that's not the point to make an excuse, it is not valid. Sebab jika dua hari seorang muslim itu kelihatan sama, maka rugilah dia. So, improve your day, even at least you can do something better than today. Always improve.

"dan akibat yang baik hanyalah untuk orang yang bertakwa" (surah Toha : 132)

Disebabkan kita ini fakir sangat, pada Dia lah kita meminta, memohon serta mengharapkan balasan yang baik. Allah perlukan orang yang bertakwa bukan mereka yang mampu menunjukkan kekuatan di atas muka bumi dengan kuasa sementara, yang hanya membanggakan diri sendiri sedang yang lain merana. We need Him.

Thus, have self-respect, you will earn respect from others =D

Alhamdulillah...



-anonymous-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS