Amanah itu satu penyesalan .

Lumrah manusia yang selalu mengimpikan kesenangan, kemewahan dan kekuasaan. Semua itu adalah menjadi suatu kemestian dalam kehidupan seorang insan yang sudah terbiasa dengan cara hidup zaman `moden' ini. Seringkali kita lihat di mana-mana tempat atau `event', mereka yang memiliki ketiga-tiga ciri ini akan dipandang mulia, disegani malah disanjungi. Malah ada yang menjadi pengikut yang setia, yang tetap membenarkan apa yang dilakukan walaupun ianya tampak salah pada zahirnya.



Maka apabila mereka yang telah memiliki kesemua itu, akan lahirlah pula satu perasaan dalam jiwa mereka; iaitu bakhil dan sombong. Adapun mereka yang terus tetap tawadhu'/merendah diri walaupun mereka telah memiliki perkara-perkara tersebut, tapi amatlah ramai di kalangan mereka yang berlaku sombong serta menghiraukan orang-orang yang tidak `setaraf' dengannya. Kuasa itu diberi untuk dilaksanakan bukan untuk dimegahkan mahupun diceritakan di tiap-tiap kampung agar semuanya tahu kamu itu berkuasa, diberi kuasa kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi bukan digunakan untuk mendapat populariti ataupun `glamour' serta kuasa yang kita ada bukan digunakan sebagai senjata untuk menundukkan mereka yang tidak bersefahaman dengan kita.

 
 
Berapa ramai di antara kita yang mempunyai kuasa tapi tidak  melaksanakannya dengan berhikmah ataupun sebetulnya?
 

Adapun mereka itu yang berkuasa merasakan mereka adalah insan yang paling hebat, yang boleh memberikan kesenangan serta mencipta kebahagian tanpa menyedari itu semuanya pinjaman yang diberikan dari Yang Esa tanpa perlu dibayar balik pinjaman itu. Mereka dengan sewenangnya menggunakan kuasa ke atas golongan `bawahan' tanpa sedikitpun peduli akan masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut, dibiarkan mereka berada dalam kesusahan yang diciptakan oleh `saudara' mereka sendiri! Mengapa perlu disalahkan golongan tersebut yang dilabel `pemalas', `tidak tahu buat kerja' dan `gagal dalam merancang'? Walhal mereka telah bersusah-payah untuk melakukan apa yang termampu untuk membina kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya TAPI segala usaha yang dilakukan itu telah terbantut disebabkan mereka yang punya kuasa yang menganggap diri mereka itu pemberi rezeki yang mutlak kononnya.


Allahu.


Ketahuilah.


Erti hidup pada memberi,
serta yang di atas pasti akan turun juga akhirnya, itu hukum alam. Usah mendabik dada serta bangga dengan apa yang kita miliki kerna itu cuma PINJAMAN yang boleh ditarik begitu saja. Berlapang dada serta ringankanlah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan walaupun kita berpangkat maupun sebaliknya.

Peringatan untuk diri ini juga, andai kita punya pangkat/kuasa, pecahkanlah dinding yang memisahkan mereka dan kita.




wallahu a'lam.


-anonymous-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment