Agamawan yang sebenar kah ini ?

Malam ini, aku berkesempatan melihat drama menjinak ombak yang disiarkan di tv3.
Sungguh, pada mulanya aku menonton drama ini hanya suka-suka tapi lama-kelamaan dirasakan ada benarnya kisah yang diceritakan dalam cerita tersebut.

Ceritanya mengenai seorang 'ustaz' datang ke kampung membuat onar daripada mengajak kepada pembentukan ummah. Membuat fitnah untuk mengaburi mata orang kampung. 
Mudah, kerana dia mempunyai 'title' ustaz, jadi semua orang tiada mengesyaki apa-apa. Benarkah situasi itu sememangnya wujud dalam masyarakat kita?


Tepuk dada, tanya dan lihat sendiri.


Sungguh, peranan agamawan, ustaz dan ustazah merupakan satu peranan yang penting dalam membantu pembentukan ummah.
Institusi maupun badan bukan kerajaan(NGO) yang mewakili umat Islam di negara ini juga mempunyai peranan yang penting.
hmm,
Tapi, ada sedikit kekecewaan apabila ada pihak yang mengaku mereka adalah agamawan yang lebih hebat, kerna punya ilmu yang tinggi, merantau di bumi asing.
Kekecewaan timbul apabila masing-masing sibuk mempamerkan 'skill'. Tak salah sebab dakwah itu punya pelbagai cara yang boleh dilakukan tapi ianya menjadi salah apabila tiada persefahaman atau bertolak ansur dengan yang tidak sependapat. 
Lebih teruk lagi, memburukkan orang yang tidak disukainya berbanding menyampaikan benda yang sepatutnya. Agaknya, inilah masalah di negara ini.
Sukar bertolak-ansur menyebabkan gerak kerja untuk membantu ummah terbantut, seketika atau selamanya?




Aku sekadar berada di bumi Malaysia.
Post ini bukan mahu memperlekeh kalian yang menuntut ilmu di luar sana. Beruntung kalian, kerna jauh berjalan, luas pemandangan. Aku juga berharap dapat menjejakkan kaki di sana suatu hari nanti. Doakan. 

Kepada kalian yang sudah dan akan menjadi agamawan, teruskanlah menabur bakti. Bersama kita membantu mereka ke jalan sakinah. Usah menjadi seperti ustaz fattah(antagonis dalam drama ni) yang menjadikan agama sebagai pelindung kemaksiatan sebaliknya jadilah seperti sultan muhammad al-fateh, menjadikan agama sebagai pemangkin kegemilangan.





selingan,

Lately ni dapat information dari kawan2 yg belajar di ipta dlm negara.

"ain, kenapa org agama ni selalu judgemental?"
"ain, haihh kenapa org agama ni ibadah bagus tapi sivik x ada, nak cakap terima kasih, or even if sorry, susah sgt ke ain?"
"ain, sorry to say, but skrg ni aku smpai dah ada perasaan, baik takyah jadi alim sgt tapi annoying."

(alim/org agama: golongan bertudung labuh)

jangan kita jadi fitnah utk agama sendiri.
kamon, bangunlah, jgn sentiasa rasa selesa.
agama sama atau lain, tahap ibadah beza atau tidak,
semua kena dilayan sama rata,
semua manusia tu Allah yg cipta.
jadi kita bukan tuhan, nak judgemental sana sini.
kita bukan nabi, yg imanya sentiasa meningkat sampaikan satu masa kita rasa yg kita xperlu buat baik pada org lain pun dah cnfirm masuk syurga.

sedih, sangat.

sbb apa?

kita jadi fitnah. utk agama kita sendiri.




-Anonymous-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment