UJIAN MANUSIA vs UJIAN PENCIPTA


Ujian, test, exam dan banyak lagi `term`' yang digunakan. Maksudnya sama, untuk mengukur kemampuan seseorang. Realitinya, ramai yang pandang ujian itu sebagai suatu dinding, di mana jika kita melepasi dinding itu, maka kita sedang menuju masa depan yang cerah manakala mereka yang masih berada di tempat yang sama, dianggap gagal.

Sungguh, ujian itu penting dalam memastikan diri kita mampu untuk menghadapi hari esok.
TAPI, perlu diingat makna ujian itu luas.
Bukan sekadar lulus cemerlang di dalam kelas tapi 'lulus' daripada sifat takbur maupun 'ujub dengan diri sendiri.
Ramai yang melihat ujian itu dari sudut 'fizikal' semata tapi tak ramai yang melihat dari sudut 'praktikal'. 

Kenapa?

Sebab kita sudah terbiasa dengan pembelajaran yang menekankan peperiksaan, skor dalam setiap subjek, 

dan 
andai kita gagal, `fail' dalam suatu subjek, kita akan dapat cemuhan daripada orang lain.
Itu sudut `fizikal' ujian.
Manakala, dari sudut `praktikal', tiada istilah cemerlang maupun gagal, yang ada hanyalah faham atau tidak.
Jadi, jika kesemua pelajar faham apa yang diajarkan, mengetahui cara untuk menguasai ilmu tersebut, tidak mustahil kesemuanya akan cemerlang.

Itu ujian yang kita ciptakan.

Bagaiman ujian yang Dia ciptakan?
Boleh diterima dan dihadapi dengan hati yang terbuka?
Asasnya sama iaitu seperti kita ingin menjawab final exam,
mesti kita buat segala latihan yang ada, supaya kita akan bersedia untuk menjawab final nanti.

Begitulah kita untuk berhadapan dengan ujian Dia, sentiasa melatihkan diri agar bila behadapan dengannya, perasaan gundah-gulana,
kalut segala benda dapat dielakkan.



Senang cakap, tapi cuba la buat....

ehehehehe XD

ya, bila kita mengalaminya sendiri, saat itulah hati mulai lemah,
menyuruh supaya mengangkat bendera putih,
dan masa itulah hati mula merengek untuk berputus di tengah jalan.

Sampai satu masa,
kita berada di satu persimpangan, meneruskan atau meninggalkan.

Ini parah ! Apabila kita tiada teman yang dapat bersama dengan kita, yang dapat menjadi a good listener untuk kita dan seorang insan yang ikhlas membantu kita untuk bangkit semula,
kerana kita akan sentiasa dihantui dengan kisah silam kita.

Tiada yang mustahil dengan izin-Nya...



Antara solusinya?
Carilah dia yang dapat memberimu kekuatan,
yang dapat membangkitkanmu saat kamu jatuh
dan
yang dapat membawamu ke Syurga bersamanya.
Apabila kamu sudah menjumpainya, jagalah dia dengan sebaiknya,
kerna peluang yang datang amat jarang sekali. 
Kerna aku telah menjumpainya, dan takkan sesekali meninggalkannya.


tiba-tiba lagu akrab persahabatan-inteam dah terngiang ngiang di telinga. heheheh peaceV


wallahu a'lam
moga Allah redha.
-anonymous-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Jazakillah syafaaa! ;]

Post a Comment