Buat Mereka Yang Mahu Berubah~



Hidup ini,
kita takkan pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Hebat manapun kita, kadang kesilapan jua bisa menjatuhkan kita.
Kadang, kesilapan itu meskipun telah lama terjadi, masih segar di ingatan.
Boleh jadi, kita membenci kesilapan itu dan berjanji untuk tidak mengulanginya.
Namun, boleh jadi kita menyukainya dan melakukannya berkali-kali.



 Namun,
Membenci akan kesilapan yang dilakukan perlulah diikuti dgn perbuatan untuk menghazafkan kesilapan tersebut.
Ya, ianya mudah apabila kita melakukan kesilapan terhadap orang lain, minta maaf dan berjanji.
Tapi, bagaimana terhadap diri sendiri? Benar, mengubah orang lebih mudah cabarannya berbanding diri sendiri. Tak percaya? Cuba, try, test. Saya sendiri sedang mengalaminya.
Kadang benda yang picisan pun payah kita nak ubah. 


Things get worse, until i declare war towards myself.


Nampak tragik bukan? Nak menang atau nak kalah bukan susah. 
Sebab kita yang berkuasa untuk mengawal diri kita. Dah besar kan? Menang, jika kita dapat kawal dan dapat ubah kesilapan. 
Kalah, kita terus berada di takuk yang sama.
 Malu tiada terasa seolah kesilapan itu adalah kebenaran. 
Parah. Kadang kita fikir apa yang kita buat itu mendapat redha dan berkat-Nya, tapi apa yang kita buat itu rupanya kesilapan semata.




Istidraj, kadang dalam kehidupan ini, kita dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah. Andai berpeluang untuk merasa nikmat sedemikian, gunakan semanfaatnya kerna ada yang tersesat dek kerana setelah rezekinya dimurahkan.
Kisah Qarun boleh dijadikan contoh untuk menggambarkan betapa besarnya ujian andai setelah kita mendapat nikmat.
Boleh jadi, nikmat itu musibah kerna ia melupakan kita, menjadi istidraj, diberi nikmat untuk kekal berada di lorong kesesatan. (moga kita dijauhkan).



Sungguh, pada Dia lah, kita bergantung harap, bertawakal, berdoa, mahupun mengabdikan diri kepada-Nya.
Tiap salah itu ada pembetulannya.
Tiap silap itu ada maafnya.
Masih ada ruang. Masih ada peluang.






'...kerna Dia yang menjadikan manusia, sudah tentu Dia punya cara untuk selesaikannya',



-Anonymous-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS