Rasa kita sama. Kerana kita juga manusia.

"Hidup memang susah. Susahnya itu kau akan rasa, bila, orang di sekeliling kau pergi, tinggalkan kau terkontang-kanting dalam kehidupan.
Lagi susah, bila kau hilang 'privilege' sebagai rakan kongsi masalah atau sebagainya.

Ya, susah.
Aku tak tahu terma apa yang sesuai selain itu. Bunyi seperti keluhan, penat dan kecewa, mungkin. Makin lama kau hidup dalam ujian dunia ini, kau akan sedar betapa mustahilnya kau nak memuaskan hati orang serta betapa payahnya untuk memulihkan suatu perhubungan, sama ada dengan Dia ataupun makhluk-Nya.

Makin lama, kau akan sedar bahawa tak ramai yang benar-benar akan bersama dengan kau. Hari ini, ramai berada di sekeliling kau. Esok, berkurang. Kita tiada tahu akannya. Sedih? Aku pun sedih. Marah? Mestilah! But can u do something? Yes, not in terms of revenge. Hiburkan hati itu. Bukan lalaikan tapi hiburkan dengan apa yang sepatutnya. Whoever comes to you, will give lesson(s). Rawatlah apa yang terluka, supaya lepas ini, kau tak mudah jatuh, tak mudah tersungkur. Dan aku percaya, Dia tak sekejam yang kau fikirkan. Segalanya penuh hikmah, cari sampai dapat. Koreksi diri. Adakalanya, kau perlu jalan seorangan, bukan sebab tiada yang mahu menolong, tapi sebab Dia menolong kau, kerana sesungguhnya Dia-lah tempat kita memohon pertolongan. Tempat kita mengadu. Sebagai satu 'privilege' sampai hari kiamat. Memang sekarang kau keseorangan, namun ingat, kau sedang dalam bantuan. Kuatkanlah."

-anonymous-
_____________________________________________

Salam semua. :)

Hidup mmg susah. Ya! mmg susah. Lantas kita yg merasa peritnya susah itu meminta pd Allah agar diberikan hidup yg mudah. Tp Maha Hebatnya Allah, Allah tdak memberikan kita hidup yg mudah,
TAPI Allah memberikan kemudahan dlm kita menghadapi susahnya hidup.
Lihatlah, betapa berhikmahnya Allah dlm mengatur hidup hambaNya.

Ada org, hidupnya ckup senang,
Tetapi apa guna kalau dlm mghadapi kesenangan hidup tu,
Nantinya Allah timpakan jua kpd dia pelbagai kesusahan.
Hmm, tetap susah kan.

Jd, nampak kan perbezaan nya?
Yg paling penting adalah bukannya "apa" yg kita hadapi, tapi "bagaimana" kita menghadapi.
It is not what happened "to" you, it is about what happen "inside" you.
Hidup susah mahupun senang, it doesnt matter klu Allah tak beri kmudahan. Tapi di mana letaknya kemudahan tu?
Kuncinya satu sahaja, iaitu ketenangan hati. Dan sesungguhnya hnya dgn mengingati Allah hati akn tenang.

Hidup dgn mengharap pada manusia memang akhirnya mengundang kepada kekecewaan.
Oleh kerana itu letaklah pengharapan pd Allah, pasti tdak akn pernah mengecewakan.

Allah hadirkan dlm hdup kita kawan,
Tapi tak semua kekal selamanya. Ada yg sebentar, ada yg lama. Ada yg baik, ada yg jahat, yg pura2 baik pon ada juga. Hehe
Itu semua tak lain adalah untuk mengajar kita erti sabar dan ikhlas.
Ya dua perkara ini sahaja, SABAR dan IKHLAS. Mungkit pahit utk ditelan, tetapi itulah realiti kehidupan.

Dan di saat itu, andai kita betul2 ikhlas, ikhlas dalam mengharap dengan penuh kesungguhan kpdNya, ikhlas dalam bersabar, ikhlas dalam menerima, dan yg paling tinggi, ikhlas dalam berusaha untuk ikhlas, pasti syaitan takkan mampu menghalang hikmah yg Allah Azza Wa Jalla ingin tnjukkan.
Mengembalikan sinar yg sudah sirna.

Oleh itu sayang yang aku cintai Lillahi Taala.
Dalam apa jua perkara, kembalilah kpdNya. Kerana hanya Dia, punya jawapan untuk segalanya.
Hanya Dia, yg punya penawar malah punya "hadiah" yg baru buat kita. Iaitu pengalaman hidup dan kenaikan darjat kerana bersabar.

Sungguh, mengharap pada Allah takkan prnah kecewa.😊

Aku masih percaya. Dan aku harap kau juga begitu.


:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS