Pernah melalui situasi ini?
Analoginya - ditangan kita sudah ada sebiji epal. Dan tiba-tiba ditawarkan pula dengan sebiji epal lain yang jauh lebih cantik, dan merah. Lalu epal di tangan itu dibuang, diambil epal yang baru. Apabila digigit, ternyata epal merah yang cantik itu sudah busuk dan terdapat ulat didalamnya, dan ada lubang kecil di bahagian kulit yang tidak terperasan oleh kita.
Lalu menyesal tak sudah, dalam keadaan ditangan kita sudah punya epal yang cantik itu tadi, kita mencari-cari semula, dimanakah epal yang telah dibuang itu tadi, kalau diizinkan, telah nekad, untuk kita kutip, basuh semula kekotorannya, dan makan, biar ia tersimpan menjadi zat yang sihat didalam badan.
Allahu. Manusia sememangnya begini. Aku juga tidak terkecuali. Sering saja menyesal dengan pilihan yang dibuat, walhal kita semua sedia maklum, masa itu tidak akan berulang, dan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Untuk yang dibuang. Moga Allah jaga. Dan moga terpelihara dari cacat cela hendakNya. Dan aku masih percaya.
aku menyesal
Rasa kita sama. Kerana kita juga manusia.
"Hidup memang susah. Susahnya itu kau akan rasa, bila, orang di sekeliling kau pergi, tinggalkan kau terkontang-kanting dalam kehidupan.
Lagi susah, bila kau hilang 'privilege' sebagai rakan kongsi masalah atau sebagainya.
Ya, susah.
Aku tak tahu terma apa yang sesuai selain itu. Bunyi seperti keluhan, penat dan kecewa, mungkin. Makin lama kau hidup dalam ujian dunia ini, kau akan sedar betapa mustahilnya kau nak memuaskan hati orang serta betapa payahnya untuk memulihkan suatu perhubungan, sama ada dengan Dia ataupun makhluk-Nya.
Makin lama, kau akan sedar bahawa tak ramai yang benar-benar akan bersama dengan kau. Hari ini, ramai berada di sekeliling kau. Esok, berkurang. Kita tiada tahu akannya. Sedih? Aku pun sedih. Marah? Mestilah! But can u do something? Yes, not in terms of revenge. Hiburkan hati itu. Bukan lalaikan tapi hiburkan dengan apa yang sepatutnya. Whoever comes to you, will give lesson(s). Rawatlah apa yang terluka, supaya lepas ini, kau tak mudah jatuh, tak mudah tersungkur. Dan aku percaya, Dia tak sekejam yang kau fikirkan. Segalanya penuh hikmah, cari sampai dapat. Koreksi diri. Adakalanya, kau perlu jalan seorangan, bukan sebab tiada yang mahu menolong, tapi sebab Dia menolong kau, kerana sesungguhnya Dia-lah tempat kita memohon pertolongan. Tempat kita mengadu. Sebagai satu 'privilege' sampai hari kiamat. Memang sekarang kau keseorangan, namun ingat, kau sedang dalam bantuan. Kuatkanlah."
-anonymous-
_____________________________________________
Salam semua. :)
Hidup mmg susah. Ya! mmg susah. Lantas kita yg merasa peritnya susah itu meminta pd Allah agar diberikan hidup yg mudah. Tp Maha Hebatnya Allah, Allah tdak memberikan kita hidup yg mudah,
TAPI Allah memberikan kemudahan dlm kita menghadapi susahnya hidup.
Lihatlah, betapa berhikmahnya Allah dlm mengatur hidup hambaNya.
Ada org, hidupnya ckup senang,
Tetapi apa guna kalau dlm mghadapi kesenangan hidup tu,
Nantinya Allah timpakan jua kpd dia pelbagai kesusahan.
Hmm, tetap susah kan.
Jd, nampak kan perbezaan nya?
Yg paling penting adalah bukannya "apa" yg kita hadapi, tapi "bagaimana" kita menghadapi.
It is not what happened "to" you, it is about what happen "inside" you.
Hidup susah mahupun senang, it doesnt matter klu Allah tak beri kmudahan. Tapi di mana letaknya kemudahan tu?
Kuncinya satu sahaja, iaitu ketenangan hati. Dan sesungguhnya hnya dgn mengingati Allah hati akn tenang.
Hidup dgn mengharap pada manusia memang akhirnya mengundang kepada kekecewaan.
Oleh kerana itu letaklah pengharapan pd Allah, pasti tdak akn pernah mengecewakan.
Allah hadirkan dlm hdup kita kawan,
Tapi tak semua kekal selamanya. Ada yg sebentar, ada yg lama. Ada yg baik, ada yg jahat, yg pura2 baik pon ada juga. Hehe
Itu semua tak lain adalah untuk mengajar kita erti sabar dan ikhlas.
Ya dua perkara ini sahaja, SABAR dan IKHLAS. Mungkit pahit utk ditelan, tetapi itulah realiti kehidupan.
Dan di saat itu, andai kita betul2 ikhlas, ikhlas dalam mengharap dengan penuh kesungguhan kpdNya, ikhlas dalam bersabar, ikhlas dalam menerima, dan yg paling tinggi, ikhlas dalam berusaha untuk ikhlas, pasti syaitan takkan mampu menghalang hikmah yg Allah Azza Wa Jalla ingin tnjukkan.
Mengembalikan sinar yg sudah sirna.
Oleh itu sayang yang aku cintai Lillahi Taala.
Dalam apa jua perkara, kembalilah kpdNya. Kerana hanya Dia, punya jawapan untuk segalanya.
Hanya Dia, yg punya penawar malah punya "hadiah" yg baru buat kita. Iaitu pengalaman hidup dan kenaikan darjat kerana bersabar.
Sungguh, mengharap pada Allah takkan prnah kecewa.😊
Aku masih percaya. Dan aku harap kau juga begitu.
:)
Buat Mereka Yang Mahu Berubah~
Istidraj, kadang dalam kehidupan ini, kita dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah. Andai berpeluang untuk merasa nikmat sedemikian, gunakan semanfaatnya kerna ada yang tersesat dek kerana setelah rezekinya dimurahkan.
Kisah Qarun boleh dijadikan contoh untuk menggambarkan betapa besarnya ujian andai setelah kita mendapat nikmat.
Boleh jadi, nikmat itu musibah kerna ia melupakan kita, menjadi istidraj, diberi nikmat untuk kekal berada di lorong kesesatan. (moga kita dijauhkan).
Sungguh, pada Dia lah, kita bergantung harap, bertawakal, berdoa, mahupun mengabdikan diri kepada-Nya.
Tiap salah itu ada pembetulannya.
Tiap silap itu ada maafnya.
Masih ada ruang. Masih ada peluang.
'...kerna Dia yang menjadikan manusia, sudah tentu Dia punya cara untuk selesaikannya',
-Anonymous-
Agamawan yang sebenar kah ini ?
selingan,
Lately ni dapat information dari kawan2 yg belajar di ipta dlm negara.
"ain, kenapa org agama ni selalu judgemental?"
"ain, haihh kenapa org agama ni ibadah bagus tapi sivik x ada, nak cakap terima kasih, or even if sorry, susah sgt ke ain?"
"ain, sorry to say, but skrg ni aku smpai dah ada perasaan, baik takyah jadi alim sgt tapi annoying."
(alim/org agama: golongan bertudung labuh)
jangan kita jadi fitnah utk agama sendiri.
kamon, bangunlah, jgn sentiasa rasa selesa.
agama sama atau lain, tahap ibadah beza atau tidak,
semua kena dilayan sama rata,
semua manusia tu Allah yg cipta.
jadi kita bukan tuhan, nak judgemental sana sini.
kita bukan nabi, yg imanya sentiasa meningkat sampaikan satu masa kita rasa yg kita xperlu buat baik pada org lain pun dah cnfirm masuk syurga.
sedih, sangat.
sbb apa?
kita jadi fitnah. utk agama kita sendiri.
-Anonymous-
UJIAN MANUSIA vs UJIAN PENCIPTA
Ujian, test, exam dan banyak lagi `term`' yang digunakan. Maksudnya sama, untuk mengukur kemampuan seseorang. Realitinya, ramai yang pandang ujian itu sebagai suatu dinding, di mana jika kita melepasi dinding itu, maka kita sedang menuju masa depan yang cerah manakala mereka yang masih berada di tempat yang sama, dianggap gagal.
Senang cakap, tapi cuba la buat....
ehehehehe XD
ya, bila kita mengalaminya sendiri, saat itulah hati mulai lemah,
menyuruh supaya mengangkat bendera putih,
dan masa itulah hati mula merengek untuk berputus di tengah jalan.
Sampai satu masa,
kita berada di satu persimpangan, meneruskan atau meninggalkan.
Ini parah ! Apabila kita tiada teman yang dapat bersama dengan kita, yang dapat menjadi a good listener untuk kita dan seorang insan yang ikhlas membantu kita untuk bangkit semula,
kerana kita akan sentiasa dihantui dengan kisah silam kita.
Tiada yang mustahil dengan izin-Nya...
wallahu a'lam
moga Allah redha.
-anonymous-
Amanah itu satu penyesalan .
Lumrah manusia yang selalu mengimpikan kesenangan, kemewahan dan kekuasaan. Semua itu adalah menjadi suatu kemestian dalam kehidupan seorang insan yang sudah terbiasa dengan cara hidup zaman `moden' ini. Seringkali kita lihat di mana-mana tempat atau `event', mereka yang memiliki ketiga-tiga ciri ini akan dipandang mulia, disegani malah disanjungi. Malah ada yang menjadi pengikut yang setia, yang tetap membenarkan apa yang dilakukan walaupun ianya tampak salah pada zahirnya.
Maka apabila mereka yang telah memiliki kesemua itu, akan lahirlah pula satu perasaan dalam jiwa mereka; iaitu bakhil dan sombong. Adapun mereka yang terus tetap tawadhu'/merendah diri walaupun mereka telah memiliki perkara-perkara tersebut, tapi amatlah ramai di kalangan mereka yang berlaku sombong serta menghiraukan orang-orang yang tidak `setaraf' dengannya. Kuasa itu diberi untuk dilaksanakan bukan untuk dimegahkan mahupun diceritakan di tiap-tiap kampung agar semuanya tahu kamu itu berkuasa, diberi kuasa kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi bukan digunakan untuk mendapat populariti ataupun `glamour' serta kuasa yang kita ada bukan digunakan sebagai senjata untuk menundukkan mereka yang tidak bersefahaman dengan kita.
Adapun mereka itu yang berkuasa merasakan mereka adalah insan yang paling hebat, yang boleh memberikan kesenangan serta mencipta kebahagian tanpa menyedari itu semuanya pinjaman yang diberikan dari Yang Esa tanpa perlu dibayar balik pinjaman itu. Mereka dengan sewenangnya menggunakan kuasa ke atas golongan `bawahan' tanpa sedikitpun peduli akan masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut, dibiarkan mereka berada dalam kesusahan yang diciptakan oleh `saudara' mereka sendiri! Mengapa perlu disalahkan golongan tersebut yang dilabel `pemalas', `tidak tahu buat kerja' dan `gagal dalam merancang'? Walhal mereka telah bersusah-payah untuk melakukan apa yang termampu untuk membina kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya TAPI segala usaha yang dilakukan itu telah terbantut disebabkan mereka yang punya kuasa yang menganggap diri mereka itu pemberi rezeki yang mutlak kononnya.
Allahu.
Ketahuilah.
Erti hidup pada memberi,
serta yang di atas pasti akan turun juga akhirnya, itu hukum alam. Usah mendabik dada serta bangga dengan apa yang kita miliki kerna itu cuma PINJAMAN yang boleh ditarik begitu saja. Berlapang dada serta ringankanlah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan walaupun kita berpangkat maupun sebaliknya.
Peringatan untuk diri ini juga, andai kita punya pangkat/kuasa, pecahkanlah dinding yang memisahkan mereka dan kita.
wallahu a'lam.
-anonymous-
Takut dan Hormat . ade beza kah ?
Assalamualaikum w.b.t.....
Bismillah......
Hidup dalam bersosial dengan orang sekeliling perlu mempunyai cara yang tersendiri. Cara kita bercakap dengan kawan semestinya berbeza dengan keluarga dan begitulah seterusnya. Tapi ada 1 perkara yang kita mesti ada dalam diri, that is respect. Cakap macam senang je, tapi kadang-kadang kita terlepas pandang.
Hormat itu luas ertinya, tak semestinya kita perlu berlaku hormat pada `saudara-saudara' kita tapi sebarkan rasa hormat itu pada semua lapisan masyarakat. Tak semestinya kita punya ilmu yang luas, kita boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu, memandang rendah pada orang lain dan yang paling tragis sekali, mendakwa diri lebih benar daripada orang lain. Itu parah! Hormat itu tak perlu dipaksa cuma perlu disuburkan dengan baik, seperti kita menanam benih, perlu disiram dan dibaja dengan kadar yang sepatutnya, bukan berlebihan maupun berkurangan. Begitulah sifatnya yang seakan manusia, dipaksa tak akan menjadi, terlalu lembut menjadi kaku. Hormat itu tak lahir daripada `raging' maupun arahan yang disuruh oleh `senior' (kehidupan di asrama). Mengapa? Itu cara `penjara' yang kita sendiri bina untuk membina ketakutan dengan orang yang lebih tua bukan hormat. Bezakan takut dan hormat?
Back to the basic, it is easy to get respect from others. Rasulullah s.a.w tak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan perhatian maupun rasa hormat daripada orang quraisy. Hanya berbekalkan pendekatan yang berhikmah serta menampilkan akhlak yang terpuji. Its natural by the way it is. Baru nampak molek bila rasa hormat itu datang tanpa paksaan, free flow. Kita akan mudah berlapang dada meskipun berbeza pendpat dengan mereka sebab kita sedar yang kita lemah dan mereka pun lemah. Sama-sama lemah, so there is no point to argue it with emotionally. Think wisely, in order to gain respect from others, lower your ego first. Macam mana orang nak hormat kalau kita terlalu meninggi diri (lagi-lagi bila ada kuasa). Ingat, tinggi mana kita berada sekalipun, akhirnya kita tertanam di bawah juga.
Banyak sangat bebel ni. haha
Jadi, hormat yang sepatutnya ialah menerima pandangan orang dan ready, agree to disagree. Mulanya agak payah tapi alah bisa tegal biasa kan?
Sebenarnya, kita semua ini fakir kan? Apa yang kita dapat, itu semua rezeki. Rezeki datang dari Dia. Tapi kita sering terlupa, sebab fitrah nye memang begitu. Pelupa. But that's not the point to make an excuse, it is not valid. Sebab jika dua hari seorang muslim itu kelihatan sama, maka rugilah dia. So, improve your day, even at least you can do something better than today. Always improve.
"dan akibat yang baik hanyalah untuk orang yang bertakwa" (surah Toha : 132)
Disebabkan kita ini fakir sangat, pada Dia lah kita meminta, memohon serta mengharapkan balasan yang baik. Allah perlukan orang yang bertakwa bukan mereka yang mampu menunjukkan kekuatan di atas muka bumi dengan kuasa sementara, yang hanya membanggakan diri sendiri sedang yang lain merana. We need Him.
Thus, have self-respect, you will earn respect from others =D
Alhamdulillah...
-anonymous-